Thursday, August 12, 2010

hari ni hari ke 3 ramadhan tp aku masih belum berpuasa,biasalah sakit orang perempuan, sebulan sekali.rasa rugi sangat2 tp ada hikmahnya atas segala apa yang berlaku.aku percaya apa yang telah dan akan berlaku ada hikmahnya...percaya sangat2...seperti juga 23 tahun lepas...diam x diam dh 23 tahun berlalu dah tua rupanya aku ni...23 tahun lepas aku tinggalkan sekolah kerana ingin bekerja untuk menolong ke 2 orang tua aku..
aku dilahirkan sebagai anak ke 2 drpd 15 orang adik beradik...bayangkanlah dengan pendapatan ayahku sebagai nelayan nk membesarkan 15 orang anak.kehabisan beras dh biasa sgt..tugas aku pnjam beras gn tok(walaupun selalu kena marah pnjam beras)mak petik pucuk manis buat masak lemak...pucuk manis mmg byak sekitar kawasan rumah,pokok kelapa jgn ceritalah mmg tempat dia kt Kijal tu,..jadi petik je..klu ikan kering smpai dh muak tgok..xde lauk je ikan keringlah jwabnya gn budu,ganti kicaplh tu.. sardin,telur atau apa jelh yg kena beli mmg susah nk dapat kecuali klu ayah ada hasil tangkapan ikan, dapatlah makan lauk sardin bukannya ayam,ayam mahal..raya pun lum tentu dpt makan lauk ayam.
klu nk ke sekolah kena naik bas sbb sekolah jauh,kadang2 mak bagi duit tp jarang sgt2,biasanya mak suruh pnjam duit gn tok nti ayah balik dr laut,ayah bagi duit, mak bayarlah.tok gn tokki bisnes kedai makan pastu ada hasil kebun.tokki pun kontraktor kecil2an ambil sub wat longkang gn wat batu blok,boleh dikategorikan senanglah jugak.
Tapi biasalah orang tua agaknya asyik dtg pnjam duit je lama2 bisinglah jugak dorang,nk dptkn seringgit tu kena tahan telinga, dgr tok membebel dulu baru dpt duit,mak gn ayah x dgr,aku yg pergi pnjam duit ni yang selalu dgr cite yg sama je,prnah tok membebel smpai bas dh smpai baru bagi duit...aku sedih sgt2 bila smpai kt dalam bas.kdg2 aku tanya mak dulu ada duit x nk pergi sekolah hari ni,klu mak kata pnjam gn tok lagi,aku ambil kputusan xnk sekolah hari tu..jadi rekod kedatangan aku mmg buruk selalu kena panggil dgn guru disiplin..macam2 alasan aku bagi,sakit perut,sakit gigi,tapi yg pelik kenapa aku x b'terus terang gn cikgu yg aku xde duit tambang utk ke sekolah,mungkin malu agknya klu cikgu tahu aku ni miskin sgt,entahlah..aku dpt duit biasiswa,wlaupun selalu ponteng dan serba kekurangan dgn buku rujukan dan alatulis aku masih lagi dalam kelas perdagangan 1,sbblah tu aku dpt biasiswa ,biasanya duit biasiswa tu aku guna utk bayar yuran dan selebihnya beli barang dapur untuk kami sekeluarga.kawan2 sebaya aku dh pndai melawa pergi
ke sekolah tapi aku masih lagi dgn kasut koyak,stoking yg kena ikat gn getah tempe kt atasnya sbb getah stoking dh longgar,klu x ikat stoking tu melurut ke bawah.
selepas peperiksaan srp,aku diajak oleh mak sepupu aku bekerja di pasar besar kuantan,aku igt lagi aku dpt rm80,sukanya aku,duit tu aku bagi mak,kemudian keputusan exam dh kuar,aku berdoa biar aku x lulus sbb aku dh malas nk ke sekolah lagi aku nk bekerja nk bantu ke 2 orang tua aku..dh seronok dpt bagi mak duit gn dapat kawan baru,aku dpt agregat a 27,aku gembira pada mulanya,tapi mak sedara aku cakap x bleh lawan dia,dia lg pndai,aku fkir mgkin aku x pndai x pyah sekolah pn xpe,aku ke sekolah juga,tp masih lagi seperti dulu asyik pnjam duit,buku rujukan xde,kemudian aku di bawa berjumpa gn cikgu disiplin namanya cikgu ismail,cikgunya mmg t'sgtlah baik,aku ceritakan masalah aku,bila bjalan t'serempak gn cikgu tu aku dh trasa malu pulak,
dh cerita masalah gn cikgu tp masih xde tindakan,rupanya tindakan bukanya on the spot makan masa juga,akhirya aku ambil keputusan yang sehingga ke hari ini aku masih menyesal dgn keputusan aku itu,puas mak ayah,sedara mara pujuk aku,tp aku dh nekad aku ingin berhenti sekolah dan aku ingin bekerja untuk membantu keluarga.kawan-kawan sekolah aku pun ada datang ke rumah memujuk aku, katanya cikgu nk bagi biasiswa tambang bas,tapi hati aku dh t'tutup waktu tu apa juga kata nasihat dn pujukan dh x masuk lg dlm otak aku ni,yg aku tahu aku nk kerja nk tolong keluarga aku...di harap sesiapa yg terbaca ni jgn ikut perangai aku jadikanlah iktibar.ok...
setakat ni saja..nti smbung lagi.alam persekolahan dh lepas nti masuk alam pekerjaan pulak..sbb masih belum nampak hikmahnya lagi kan?...

Monday, August 9, 2010

baju anak2 masih blum siap dijahit..tapi aku masih lagi leka mghadap komputer..abg tido kt tgkat atas...klu dia tahu satu keje pn x jadi dsebbkan aku asyik gn fb gerenti punya msti angin satu badan tu...tp xpe...klu dia marah aku pujuk...suamiku syurgaku....hehehe..tgh duk mnulis ank2 pulak mengacau...lari smua idea aku nk tulis apa...x sempat aku nk kejar....so smpai kt sini jelah coretan aku ari ni....adios amigos

Saturday, July 17, 2010

akhirnya projek kerepek aku bermula juga...dgn rakan kongsi seramai 3 orang..sebenarnya aku boleh buat sorang dan tidak memerlukan rakan kongsi cukup dengan bantuan anak2 dan suamiku tapi aku ingin menolong menambahkan pendapatan kawan-kawan aku yang menjadi surirumah sepenuh masa,boleh dikira untuk saham akhiratlah jugak..tapi aku musykil jgk,setiap kali aku nk mula projek,hujan turun x berenti..apakh petandanya?adakah Allah tidak merestui atau ini sekadar dugaan kecil yg Allah bagi untuk melihat setakat mana kesabaran aku dalam menerima ujianNYA..YA ALLAH..BERILAH AKU KEKUATAN DAN KESABARAN DALAM MENERIMA UJIAN DARIMU..YA ALLAH...
sebenarnya aku takut juga untuk berkongsi..lebih2 lagi dgn jiran yang hari2 harus aku jumpa..tkut ada rasa tidak puas hati takut jadi pergaduhan mcmmna nnti....tapi aku yakin jiran yang aku pilih ni mmg jiran yang baik sbb tu aku berani mempelawa dorang jadi rakan kongsi aku..Insyaallah...semoga tidak terjadi apa2 yang tidak diingini...aku hanya ingin menolong walaupun dalm hati terbit juga rasa takut...niat aku mmg ikhlas untuk menolong tida niat lain yg tersembunyi....

Thursday, July 8, 2010

Alhamdulillah...kita sekarang berada di bulan rejab...sesiapa yang inginkan pahala lebih jangan lupa untuk berpuasa di bulan rejab,banyak fadhilatnya...lebih-lebih lagi pada 27 rejab iaitu hari israk mikraj.di sini saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga anda semua bersamalah kita berdoa agar kita semua di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.

Monday, April 12, 2010

bercelaru...sungguh kusut fikiran ini.jalan manakah yang harus aku pilih,bekerja atau tidak.
seandainya aku bekerja kesian dengan anak-anak aku dan juga anak jagaan aku yang baru berusia 2 tahun.sekiranya aku tidak bekerja sekarang masih adakah lagi syarikat yang akan menggajikan aku yang usia sudah semakin meningkat.duduk di rumah hanya menggemukkan badan,makan all the time..sekiranya aku bekerja makan sudah tentu ikut masa....fenin..fenin..

Sunday, February 28, 2010

Tengok teater Natrah kt tv1...pastu baca kisah dia kt wikipedia....memang sedih betul kisah hidup dia....selepas beberapa tahun dia di Belanda dia ingin kembali kepangkuan Mansor Adabi,tapi Mansor Adabi sudah beristeri ketika itu,dan tidak menerima Natrah untuk kembali kepadanya.betul-betul menyayat hati kisah hidupnya dari seorang kanak-kanak yang periang dia akhirnya mati kesepian menderita penyakit leukimia diusia 72 tahun.

Thursday, February 25, 2010

dh lama x menulis kt sini dh x tahu nak tulis apa...
apa-apa pun...nk cerita tentang percutian kami sekeluarga dan kawan-kawan ke melaka baru-baru ini amat menyeronokkan...merasa naik taming sari..klau bukan rakyat malaysia rm20..tapi klau tunjukkan mykad rm10 sahaja seorang..kanak-kanak rm5 seorang..selepas tu kami menaiki eye on..sama jugak klau tunjukkan mykad separuh harga kami 5 beranak rm35...kami ke perigi hang tuah,ke makam tun teja,ke taman buaya..taman buaya pun dh ada water park..kami tinggal di hotel tropicaville..harganya berpatutan dan dekat dgn tempat-tempat menarik sekitar bandar hilir...memang seronok...sesiapa yang nk bercuti..pergilah ke melaka..banyak tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati..